Produk Viral

101 Idea Produk Viral

Jul 08, 2022

Ramai disini suka menjual produk viral...


Sebab dengar perkataan viral pun dah hati membara...semangat pun naik...


Cikgu bukan seorang yang sokong kepada idea mencari produk viral.


Tapi, cikgu akan share apa yang cikgu berpendapat dapat menolong anda.


Nak cari produk viral tak susah ( cikgu akan ulas sekejap lagi)...


Cuma cikgu nak tanya-lah, kenapa lah nak cari produk viral kalau awak tak suka produk itu?


Kalau cikgu bagi tau tudung magnetic adalah produk viral, takkan awak nak menjual kalau awak lelaki?


Tidak dinafikan lelaki memang boleh jual tudung pun, cuma cikgu ingin ketengahkan kepada jiwa yang menjual produk itu?


Kalau produk itu produk yang awak suka, tak viral pun awak dapat jual dengan baik, setuju?


Ataupun kalau produk tu sangat viral tapi if you don not like it, and you are not going to use it, right?


Imagine kalau awak tak gunakan-nya, macam mana la awak share pengalaman awak menggunakan produk tu dengan customer, kan?


So, back to pendirian tadi, cikgu BUKAN seorang yang sokong semata-mata untuk memilih produk viral dan menjual.


Untuk menjawab curiosity awak dimana nak cari idea produk viral, dibawah la cara-cara cikgu cadangkan.


  1. Google

Awak boleh gogole dengan pencarian Top 10 produk viral di Malaysia/Shopee/ Lazada, semesti ada jawapan.


2. www, nichescarper.com

Spy website di negara Eropah yang banyak share akan produk-produk viral di lamanan online seperti shopify dan media sosial. Anda harus tau trend negara-negara maju akan merebak di Malaysia tak lama selepas ia popular di negara Eropah.


Jadi, website ini dapat memberi petunjuk kepada awak untuk lebih memahami trend


3. Shopee

Di lamanan utama Shopee, akan ditunjuk produk trend secara teliti. Ia sebagai garis panduan untuk awak memilih produk juga dengan berdasarkan kepada total unit sold, kan?


4. Platform borong China - Pinduoduo

Platform borong China yang ada lebih dari 788 juta aktif users. Hanya produk dalam trend yang akan survive dalam platform ini. Jadi memang best dapat cari produk viral disitu.


Ok, Itu saja untuk blog hari ini. Cikgu tak nak share topik berat-berat, takut awak tertidur.


Enjoy 4 pencarian di atas untuk dapatkan informasi akan produk viral.


Jumpa lagi.


Nota kaki: Nak tau lebih lanjut dengan apa platform borong China tawarkan, follow la tiktok Cikgu Samm https://www.tiktok.com/@cikgusamm